MAJELIS TA’LIM WA DZIKIR
“AHBABUL MUSTHOFA”
Jl. Projosumarto I Kaligayam Rt.15/04 Talang – Tegal
Telp. (0283) 350626 / 0815 6923 853
Artinya: “Cintai kalian akan Allah, dengan nikmat yang Dia telah berikan kepada kalian, cintailah aku kerana cintakan Allah Ta’ala dan cintailah kalian akan ahli baitKu (keluargaKu) kerana cintakan aku” [at-Tirmidhi dan al-Hakim menshahihkan hadits ini dan dipersetujui oleh az-Zahabi di dalam al-Takhlis]
Dikeluarkan oleh al-Tirmidhi daripada Jaabir رضي الله عنه, beliau berkata, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu suatu perkara yang jika kamu berpegang dengannya, kamu tidak akan tersesat iaitu KitabuLlah (al-Qur’an) dan itrahku (ahli baitku). [Hadits riwayat Imam al-Tirmidhi, dan beliau mengatakan bahawa hadits ini hasan]
Imam Syafie رحمه الله menyebut di dalam syair beliau (maksudnya):
Ahlul bait Nabi صلى الله عليه وآله وسلم adalah perisaiku dan mereka adalah wasilahku kepada Allah.
Aku berharap kelak (dengan keberkatan mereka) agar dapat diserahkan sahifahku (buku catatan amalan) dengan tangan kananku
Aku berharap kelak (dengan keberkatan mereka) agar dapat diserahkan sahifahku (buku catatan amalan) dengan tangan kananku
Sempena kunjungan Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz حفظه الله ke Malaysia pada bulan Mei 2009, ingin abuzahrah memperkenalkan secara ringkas mengenai ulama ahlulbait yang terkenal ini.